Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam insiden letupan bom di luar pejabat kempen calon pilihan raya, di barat daya Pakistan pada Rabu.

7 Februari 2024 - 11:21
12 terbunuh dalam letupan di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam insiden letupan bom di luar pejabat kempen calon pilihan raya, di barat daya Pakistan pada Rabu.

Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan pegawai tempatan Jamal Uddin.

Beliau berkata setakat ini belum diketahui sama ada insiden itu angkara pengebom bunuh diri atau akibat peranti yang ditanam meletup.